suluah.id - Ibnu Abbas berkata: "Makanlah semangka karena didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
Satu hari telah dihadiahkan buah semangka Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah semangka ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah semangka tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.
Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan." Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah semangka.
Dari segi faktanya, memakan buah semangka sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit. Semangka yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
Semangka dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus Semangka juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus Semangka boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus Semangka kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah. (*)